Wednesday, June 8, 2016

5 ETIKA PAKAIAN TERBONGKAR !!!

Pakai ini Untuk GAGAL Temuduga – Cubalah!



Tidak sama pakaian semasa tidur dengan pakaian semasa bersukan. Begitu juga dengan pakaian kerja. Anda perlu mencipta imej kerjaya yang cemerlang di hadapan bakal majikan kerana mereka akan mulai membuat penilaian tidak rasmi sebelum temuduga bermula.

Ketika menghadiri temuduga, penampilan adalah perkara utama. Ceria, bertenaga dan bersemangat waja adalah elemen yang diperlukan.

Barangkali anda mungkin penat atau tak cukup rehat, tetapi anda harus bijak memanipulasikan situasi. Selindungkan permasalahan yang anda sedang hadapi.

Ini merupakan antara ciri-ciri pekerja yang diperlukan. Walaupun anda ada masalah, namun anda memilih untuk bersikap professional dengan tidak mencampurkannya dengan urusan kerja.

Elakkan daripada berpakaian santai seperti :



>> T-shirt

>> Baju atau seluar ketat

>> Menjolok mata

>> Skirt pendek

>> Kasut sukan

>> Selipar




Jadi apa cadangan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga? Anda dicadangkan berpakaian yang :

>> Sopan

>> Berwarna lembut

>> Bersih

>> Berbau segar

>> Bergosok


Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh. Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher, stokin dan berkasut.


DAPATKAN PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA disini 

Related Posts:

  • LIMA PEKARA SEBELUM LIMA PEKARA Lima perkara yang di perhatikan penemuduga. Ada lima perkara yang selalunya panel temuduga akan nilai anda. Lima perkara itu adalah : Rep… Read More
  • LATIHAN MENJADIKAN ANDA SEMPURNA Tidak ada persediaan temuduga punca gagal Berlatih la…. Pernah lihat calon gugup semasa disoal? Komunikasi tak lancar akibat tiada latihan!… Read More
  • 10 STRATEGI 10 strategi untuk berjaya dalam temuduga. Berikut saya bekalkan anda 10 strategi untuk anda gunakan bagi menghadapi hari temuduga Strategi perta… Read More
  • BUAH 4 LANGKAH....... Empat langkah menuju hari temuduga. Langkah pertama : Belajar mengenai syarikat. Ambil tahu segalanya mengenai syarikat yang bakal mene… Read More
  • JADIKAN DIRI ANDA TERBAIK 24 tip untuk jadikan diri anda terbaik antara calon temuduga yang lain. 1.       Datang tepat pada waktuny… Read More

0 comments:

Post a Comment