Tuesday, June 2, 2015

KENAPA KAMI PERLU AMBIL ANDA ????

Bagaimana hendak menjawab soalan paling umum : “ Kenapa kami perlu ambil anda bekerja dengan kami “

Soalan “ Kenapa kami perlu ambi anda bekerja dengan kami ? “ adalah antara soalan yang wajib anda jawab setiap kali anda pergi temuduga kerja. Anda perlu jawab soalan ini dengan baik kerana soalan ini adalah bertujuan memberi peluang pada calon temuduga untuk jual diri mereka.

Untuk menjawab soalan ini dengan baik, anda perlu ada persediaan yang rapi. Anda perlu faham skop kerja yang anda mohon itu. Kemudian, anda perlu tahu apa yang mereka jangkakan dari anda jika anda bekerja mengisi jawatan yang kosong itu. Apabila anda mahir mengenai dua perkara ini, anda boleh menjual diri anda ke arah yang betul.

Berikut ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu untuk membentuk jawapan yang bagus bagi soalan ini.
  1.          1Tepat. Jawapan yang di perlulah tepat iaitu menjawab kenapa diri anda layak bekerja di tempat mereka.
  2.           Jangan menjawab secara cincai. Berikan jawapan yang bagus, sedap di dengar dan logik.
  3.          Gunakan kata ganti nama saya sebanyak mungkin dan bercakap seolah – olah anda dan syarikat seperti ada jodoh dan kesamaan.


Gunakan tiga perkara di atas untuk menulis jawapan yang anda akan gunakan kelak di atas kertas. Selepas itu, anda berlatih bercakap menggunakan jawapan yang anda tulis itu. Minta pandangan rakan atau pihak ketiga untuk menilai diri anda. Jika anda berjaya menjawab soalan ini dengan baik, peluang untuk anda di pilih bekerja adalah tinggi.

0 comments:

Post a Comment