Sunday, May 31, 2015

10 STRATEGI BERJAYA TEMUDUGA.

10 strategi untuk berjaya dalam temuduga.

Berikut saya bekalkan anda 10 strategi untuk anda gunakan bagi menghadapi hari temuduga

Strategi pertama : Buat kajian mengenai syarikat.

Ini adalah strategi asas dan wajib anda lakukan. Anda perlu ambil tahu mengenai syarikat. Lawat laman web mereka dan ambil tahu apa yang syarikat itu lakukan, perkembangan semasa syarikat, apa harapan mereka dan siapa pemimpin mereka. Panel temuduga pasti akan kagum apabila anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenaisyarikat mereka.

Strategi kedua :  Pakar resume anda sendiri.



Sebagai calon temuduga, anda perlu pakar dan tahu mengenai apa yang anda tulis di resume anda. Boleh jadi, panel temuduga akan menyoal anda berdasarkan apa yang anda sertakan di dalam resume. Jika anda silap jawab, anda pasti akan di hukum.

Strategi ketiga : Pastikan setiap perkara ada backup.

Setiap perkara yang anda rancang, anda fikirkan rancangan backup atau rancangan kedua.  Contohnya anda print lebih resume supaya jika terjadi apa – apa pada resume pertama, ada set resume baru sebagai pengganti.

Strategi keempat : Ambil tahu skop kerja yang anda mohon.

Anda fahami sebenar – benarnya skop kerja yang anda mohon itu. Apabila anda faham dan tahu anda akan bekerja sebagai apa, barulah anda boleh menjawab soalan temuduga dengan baik nanti.

Strategi kelima : Bentukkan hubungan yang mesra dengan panel temuduga.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik temuduga, anda melangkah dengan penuh yakin, mulut terukir senyuman dan jika berpeluang untuk salam, anda salam mereka.. Apabila mereka senang dengan gaya mesra anda, pasti soalan – soalan yang di lontarkan juga agak mudah.

Strategi keenam : Pandangan mata yang positif.

Fikir positif dan lakukan “ eye contact” atau hubungan mata dengan panel temuduga. Pandang mereka dengan muka yang santai dan mesra. Apabila anda melihat mereka tepat pada mata, anda menunjukkan diri anda yakin. Majikan suka mengambil pekerja yang ada keyakinan.



Strategi ketujuh : Bahasa badan yang menarik.

Gunakan bahasa badan yang sesuai ketika berbicara. Berdiri tegak dan yakin. Jangan tunjukkan bahasa badan yang anda seorang pemalas, penakut dan tidak ada karisma. Duduk dan berdiri seolah – olah anda sentiasa ada stamina dan bersemangat. Namun, jangan terlalu keras. Tunjukkan bahasa badan yang lembut tetapi tegas.

Strategi Kelapan : Berikan contoh yang sesuai.

Apabila anda ingin bercerita atau menghuraikan sesuatu perkara, anda sertakan contoh sekali.Apabila anda memberi contoh, panel temuduga akan ingat contoh yang anda beri itu. Secara tidak langsung, nama dan wajah anda bermain di minda mereka.

Strategi kesembilan : Jadi diri sendiri.

Jangan hipokrit. Tenangkan diri dan jadi diri sendiri. Anda tidak perlu  meniru gaya percakapan orang lain  atau cara orang lain menjawab soalan.Anda cuma perlu jadi diri sendiri dan tunjukkan pada mereka diri anda yang sebenar. Jawab soalan mengikut cara anda.

Strategi kesepuluh : Ucapkan terima kasih.
Selepas selesai temuduga, anda ucapkan terima kasih pada panel temuduga. Untuk nampakkan diri anda lebih baik, anda hantar kad berbentuk poskad dengan ucapan terima kasih kerana memanggil anda untuk di temuduga. Jika mahu beri kad atau apa sahaja nota, anda berikan selepas temuduga itu berlangsung kerana selalunya majikan sekarang tidak mengambil masa yang lama untuk menentukan bakal pekerja mereka.

SEMOGA BERJAYA



Friday, May 29, 2015

7 RAHSIA TEMUDUGA KERJA KOSONG KERAJAAN

Rahsia berjaya temuduga – 7 perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum hadiri temuduga kerja.




Sebelum anda hadiri satu – satu temuduga itu, anda perlu terlebih dahulu lakukan persediaan. Persediaan yang rapi akan memastkan perjalanan temuduga anda berjalan dengan lancar kelak.

Berikut adalah 7 perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai tempat kerja sebelum hadiri temuduga kerja.

Perkara pertama : Maklumat asas mengenai syarikat.

Ambil tahu sebanyak mungkin maklumat mengenai syarikat. Lawat laman web  mereka dan baca semua maklumat yang ada. Dari sini anda nampak corak dan cara syarikat itu bekerja. Jadi, anda boleh sediakan diri anda sebagai orang yang paling di kehendaki syarikat. Lagi banyak anda tahu mengenai syarikat tempat temuduga anda itu, lagi senang untuk anda menjawab soalan nanti.

Perkara kedua : Syarikat pesaing.

Selain syarikat tempat anda bakal temuduga, ambil tahu juga syarikat pesaing  bagi syarikat tempat temuduga anda itu. Maklumat yang anda dapat ini dapat di gunakan untuk menjual diri anda nanti. Anda boleh beri idea dan tunjukkan kenapa anda tidak patut di lepaskan untuk bekerja di syarikat pesaing mereka. Secara tidak langsung, anda  juga boleh memahami visi dan misi sebenar syarikat tempat temuduga anda itu apabila anda ambil tahu syarikat yang bersaing dengannya.

Perkara  ketiga : Pekerjaan yang anda mohon.

7 RAHSIA TEMUDUGA KERJA KOSONG KERAJAAN

Ambil tahu skop pekerjaan yang anda mohon itu. Apakah perkara yang anda kena lakukan jika anda bekerja nanti. Dari sini, anda akan lebih bersedia apabila temuduga nanti kerana anda sudah nampak bayangan apa yang perlu anda lakukan jika bekerja nanti.

Perkara keempat : Budaya syarikat.
Ambil tahu budaya syarikat yang bakal anda bekerja itu. Contohnya ada syarikat yang tidak suka pekerja mereka datang lewat, ada juga syarikat yang mahukan pekerjannya ada pegangan agama. Apabila anda tahu budaya syarikat, senanglah anda untuk memikat hati panel temuduga nanti.

Perkara kelima : Bos syarikat.

Ambil tahu barisan tertinggi syarikat. Jika ada panel temuduga yang anda kenal dan dia bertanya soalan pada anda, anda jawab sambil menyebutkan nama dia. Dia pasti akan teruja kerana anda kenal dia.

Perkara keenam : Cabaran masa hadapan syarikat.

Siasat cabaran yang syarikat perlu hadapi pada masa haapan. Mereka pasti akan rasa kagum apabila mereka tahu anda begitu ambil berat akan hal syarikat. Berikan pendapat yang bernas mengenai cabaran masa hadapan.

Lagi banyak anda tahu,mengenai 7 RAHSIA TEMUDUGA KERJA KOSONG KERAJAAN lagi besar peluang untuk anda menjawab soalan temuduga dengan baik.

SEMOGA BERJAYA