Rahsia berjaya temuduga – 7 perkara yang anda perlu ambil
tahu sebelum hadiri temuduga kerja.
Sebelum anda hadiri satu – satu temuduga itu, anda perlu
terlebih dahulu lakukan persediaan. Persediaan yang rapi akan memastkan
perjalanan temuduga anda berjalan dengan lancar kelak.
Berikut adalah 7 perkara yang anda perlu ambil tahu mengenai
tempat kerja sebelum hadiri temuduga kerja.
Perkara pertama : Maklumat asas mengenai syarikat.
Ambil tahu sebanyak mungkin maklumat mengenai syarikat.
Lawat laman web mereka dan baca semua
maklumat yang ada. Dari sini anda nampak corak dan cara syarikat itu bekerja.
Jadi, anda boleh sediakan diri anda sebagai orang yang paling di kehendaki
syarikat. Lagi banyak anda tahu mengenai syarikat tempat temuduga anda itu,
lagi senang untuk anda menjawab soalan nanti.
Perkara kedua : Syarikat pesaing.
Selain syarikat tempat anda bakal temuduga, ambil tahu juga
syarikat pesaing bagi syarikat tempat
temuduga anda itu. Maklumat yang anda dapat ini dapat di gunakan untuk menjual
diri anda nanti. Anda boleh beri idea dan tunjukkan kenapa anda tidak patut di
lepaskan untuk bekerja di syarikat pesaing mereka. Secara tidak langsung,
anda juga boleh memahami visi dan misi
sebenar syarikat tempat temuduga anda itu apabila anda ambil tahu syarikat yang
bersaing dengannya.
Perkara ketiga :
Pekerjaan yang anda mohon.
7 RAHSIA TEMUDUGA KERJA KOSONG KERAJAAN
7 RAHSIA TEMUDUGA KERJA KOSONG KERAJAAN
Ambil tahu skop pekerjaan yang anda mohon itu. Apakah
perkara yang anda kena lakukan jika anda bekerja nanti. Dari sini, anda akan
lebih bersedia apabila temuduga nanti kerana anda sudah nampak bayangan apa
yang perlu anda lakukan jika bekerja nanti.
Perkara keempat : Budaya syarikat.
Ambil tahu budaya syarikat yang bakal anda bekerja itu.
Contohnya ada syarikat yang tidak suka pekerja mereka datang lewat, ada juga syarikat
yang mahukan pekerjannya ada pegangan agama. Apabila anda tahu budaya syarikat,
senanglah anda untuk memikat hati panel temuduga nanti.
Perkara kelima : Bos syarikat.
Ambil tahu barisan tertinggi syarikat. Jika ada panel
temuduga yang anda kenal dan dia bertanya soalan pada anda, anda jawab sambil
menyebutkan nama dia. Dia pasti akan teruja kerana anda kenal dia.
Perkara keenam : Cabaran masa hadapan syarikat.
Siasat cabaran yang syarikat perlu hadapi pada masa haapan.
Mereka pasti akan rasa kagum apabila mereka tahu anda begitu ambil berat akan
hal syarikat. Berikan pendapat yang bernas mengenai cabaran masa hadapan.
Lagi banyak anda tahu,mengenai 7 RAHSIA TEMUDUGA KERJA KOSONG KERAJAAN lagi besar peluang untuk anda
menjawab soalan temuduga dengan baik.
SEMOGA BERJAYA
0 comments:
Post a Comment