Sunday, July 17, 2016

4 JENIS TEMUDUGA .



Jenis temuduga yang perlu anda tahu

Sebelum anda pergi ke temuduga, anda perlu tahu beberapa jenis temuduga kerja. Pastinya anda tertanya-tanya apakah jenis temuduga yang bakal anda hadapi supaya anda dapat membuat persediaan awal. Jangan takut untuk bertanya kepada pihak pengendali kerjaya, kerana mereka berkhidmat dengan baik untuk anda dan pihak bakal majikan.

1. Temuduga tradisional. Temuduga ini diadakan secara bersemuka antara anda dengan bakal majikan di mana anda akan bertemu dengan seorang wakil dari syarikat yang dipohon. Oleh sebab anda akan bekerja dengan individu yang bakal membantu anda mendapatkan kerja tersebut, beliau akan mendapatkan maklumat seperti kemahiran anda untuk disesuaikan dengan kriteria kerja yang diperlukan.


Anda akan disoal dengan perkara-perkara seperti pengalaman kerja berpandukan resume yang dihantar, apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat atau posisi yang ditawarkan. Sebahagian besar penemuduga akan bertanya “Mengapa anda begitu berminat dengan jawatan ini?” atau “Beritahu saya tentang diri anda”.

2. Temuduga sikap. Dalam temuduga sikap, penemuduga akan bertanyakan soalan berdasarkan situasi kerja yang anda pohon. Logik di sebalik temuduga sikap ini adalah untuk menilai prestasi anda menerusi pengalaman lepas menggunakan situasi yang sama. Anda perlu boleh menduga soalan yang bakal ditanya apabila berkaitan dengan pengalaman kerja yang lepas dan bagaimana anda menghadapinya. Penemuduga akan melihat bagaimana anda mengendalikan situasi yang diberikan dengan permasalahan yang perlu diselesaikan.

3. Temuduga berkumpulan. Banyak syarikat yang mengendalikan temuduga dalam bentuk berkumpulan untuk membuat penilaian pantas terhadap peserta yang bakal diambil bekerja. Ini bakal memberi peluang kepada semua calon belajar dengan pantas mengenai syarikat bakal majikan mereka. Biasanya panel temuduga akan membuat penerangan ringkas mengenai syarikat mereka. Kemudian, mereka akan berbual dengan calon secara individu dan bertanyakan beberapa soalan.

Salah satu perkara penting yang bakal majikan perhatikan semasa temuduga berkumpulan ini dijalankan ialah bagaimana anda berhubung dengan sesama calon temuduga, sama ada anda bertindak sebagai pemimpin atau anda hanya lebih gemar menyelesaikan tugas yang diberikan. Ianya bergantung kepada jenis personaliti anda untuk memenuhi posisi kerja yang ditawarkan.

4. Temuduga makan tengahari. Kebiasaannya temuduga ini merupakan temuduga kedua selepas anda melepasi tapisan temuduga yang pertama. Syarikat akan menjemput anda untuk makan tengahari bersama dengan beberapa orang rakan kongsi untuk mengenali anda dan bagaimana anda boleh menyesuaikan diri dengan mereka. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda bertanyakan soalan yang anda mahu tahu berkaitan dengan syarikat atau posisi anda di syarikat tersebut. Jadi sediakan soalan anda lebih awal sebelum bertemu dengan mereka.

Meskipun ada dihidangkan dengan makanan, temuduga tersebut tidaklah berkaitan dengannya. Usah memesan makanan yang mahal atau sukar untuk dimakan. Anda tidak perlu menawarkan diri untuk belanja mereka, ia bukanlah perkara yang diharapkan kepada bakal pekerja baru untuk berbuat demikian. Kunyah makanan perlahan-lahan dan makan dengan suapan yang kecil supaya anda mudah menjawab soalan yang dilontarkan semasa menikmati makanan. Sukar untuk menjawab jika mulut anda penuh dengan makanan.

Kesimpulannya, tidak kira apa pun jenis temuduga yang bakal anda hadapi, lakukan persediaan yang sebaik mungkin supaya anda boleh menampilkan kehebatan diri anda untuk merebut jawatan yang ditawarkan.

Terus rujuk laman




Wednesday, June 8, 2016

5 ETIKA PAKAIAN TERBONGKAR !!!

Pakai ini Untuk GAGAL Temuduga – Cubalah!



Tidak sama pakaian semasa tidur dengan pakaian semasa bersukan. Begitu juga dengan pakaian kerja. Anda perlu mencipta imej kerjaya yang cemerlang di hadapan bakal majikan kerana mereka akan mulai membuat penilaian tidak rasmi sebelum temuduga bermula.

Ketika menghadiri temuduga, penampilan adalah perkara utama. Ceria, bertenaga dan bersemangat waja adalah elemen yang diperlukan.

Barangkali anda mungkin penat atau tak cukup rehat, tetapi anda harus bijak memanipulasikan situasi. Selindungkan permasalahan yang anda sedang hadapi.

Ini merupakan antara ciri-ciri pekerja yang diperlukan. Walaupun anda ada masalah, namun anda memilih untuk bersikap professional dengan tidak mencampurkannya dengan urusan kerja.

Elakkan daripada berpakaian santai seperti :



>> T-shirt

>> Baju atau seluar ketat

>> Menjolok mata

>> Skirt pendek

>> Kasut sukan

>> Selipar




Jadi apa cadangan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga? Anda dicadangkan berpakaian yang :

>> Sopan

>> Berwarna lembut

>> Bersih

>> Berbau segar

>> Bergosok


Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh. Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher, stokin dan berkasut.


DAPATKAN PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA disini 

Thursday, May 19, 2016

LATIHAN MENJADIKAN ANDA SEMPURNA

Tidak ada persediaan temuduga punca gagal

Berlatih la….



Pernah lihat calon gugup semasa disoal? Komunikasi tak lancar akibat tiada latihan!
Macam mana nak buat latihan? Senaraikan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Bayangkan diri anda sebagai penemuduga. Senaraikan soalan yang ingin anda Tanya kepada calon.

Minta bantuan rakan untuk membuat simulasi sesi temuduga. Paling tidak di depan cermin supaya anda boleh menilai terus corak dan gaya persembahan anda. Gunakan bahasa inggeris sebagai persediaan tambahan. Sampaikan dalam bentuk yang mudah difahami.


Cari maklumat berkaitan dengan :

>> Bagaimana syarikat tersebut beroperasi

>> Sumber kewangan

>> Produk atau servis yang mereka sediakan

>> Saingan syarikat

>> Etika kerja

>> Ciri-ciri pekerja yang diperlukan oleh syarikat

Kenapa anda perlu tahu maklumat syarikat bakal majikan anda? Anda kan nak bekerja di situ, jadi perlu ambil tahu latar belakang syarikat tersebut.


Mudah sahaja untuk mencari maklumat, buka komputer dan cari dengan Google. Cari nama syarikat yang bakal menemuduga anda.

Friday, May 6, 2016

RAHSIA TERMUDUGA TERBONGKAR

Seorang bekas pegawai di sebuah jabatan kerajaan, Puan Lily Sabrina Md Saberi berkongsikan pengalaman beliau mengenai 7 tips temuduga yang dinilai oleh panel sepanjang pengalaman beliau dalam kerjayanya.
1. Penilaian bermula sejak resume anda diterima, menjawab emel, menjawab telefon dan menjawab SMS. Jika jawapan dalam bahasa Inggeris dibalas dengan bahasa Melayu, markah sudah mula dipotong. Menjawab telefon dengan nada yang tidak sopan juga bakal mengurangkan markah anda.



Jika panggilan sebanyak 3 kali tidak dijawab maka anda secara automatik dikeluarkan dari senarai temuduga. Rajinkanlah diri anda untuk menjawab setiap panggilan telefon, mungkin panel penemuduga anda mahu membuat temujanji dengan anda. Belajar untuk menjawab setiap panggilan telefon dengan sebaik-baiknya.
 2. Bakal majikan anda mungkin berminat untuk melihat akaun laman sosial anda. Setkan ia supaya boleh diilihat secara umum. Pastikan status dan gambar anda dipaparkan dengan sopan. Gambar berpeluk dengan teman lelaki atau teman wanita usahlah dipaparkan. Buanglah gambar tersebut dari laman sosial. Status yang tidak mencerminkan kata-kata yang sihat hendaklah dipadamkan.
Tunjukkan anda sebagai seorang yang berfikiran sihat dan positif. Artikel berunsur provokasi yang ada di internet, blog dan forum hendaklah dikeluarkan. Tulisan anda mencerminkan bagaimana cara anda berfikir. Panel penemuduga boleh memberitahu bakal majikan anda tentang keadaan diri anda berdasarkan maklumat yang diperolehinya.
 3. Kehadiran ke tempat temuduga turut memberi kesan. 5 minit lewat boleh memberi kesan pada markah anda. Tiba lebih awal boleh dapat markah tambahan. Ketuk pintu dengan cara yang betul pun boleh dapat markah. Cara anda menarik kerusi pun akan dinilai. Ketika bersalaman dengan panel turut diberi perhatian.
Tunjukkan kesungguhan anda dengan mengatakan “Sebaik sahaja saya menerima panggilan dari wakil syarikat tuan, terus saya dapatkan lokasi dari internet dan datang semalam untuk tinjau pejabat ini”. Kesungguhan anda akan diberikan markah.
 4. Transkrip dan ketebalan fail akademik anda bukanlah keutamaan panel penemuduga. Mereka mahu mendengar suara dan jawapan anda. Mereka menilau gaya bahasa badan dan pertuturan anda. Suara yang terlalu perlahan dan terlalu kuat bukanlah tumpuan utama, tetapi mereka mahu mendengar suara anda bercakap dengan mereka.
 Usah ambil remeh dengan persediaan temuduga.

 5. Penampilan anda akan menjadi perhatian panel. Pakaian yang tidak sopan seperti seluar ketat, baju ketat, tudung singkat, kasut tinggi 6 inci, pakaian berwarna-warni, skirt ketat, duduk bersilang kaki, kuku berwarna, rambut pacak tinggi, misai dan jambang seperti artis, bergaya seperti raver dan hipster, gigi kuning, bulu hidung tidak dikemaskn dan badan yang berbau. Kebersihan adalah keutamaan majikan.
 6. Panel penemuduga akan membuat kajian di syarikat terdahulu tempat anda bekerja. Mereka akan soal anda, “Mengapa berhenti kerja di sana?”. Jika jawapan anda mencerminkan keburukan syarikat tersebut, maka anda akan kehilangan markah. Jika anda membuka keaiban majikan terdahulu, maka tidak mustahil anda akan membuat perkara yang sama apabila berhenti kerja di syarikat terkini.
Usah beritahu rahsia syarikat majikan yang terdahulu. Anda boleh gunakan jawapan yang lebih baik seperti “Saya hendak mencuba sesuatu yang berbeza dengan syarikat terdahulu”.
 7. Sebaik sahaja tamat temuduga, tinggalkan bilik temuduga dengan kerusi yang dimasukkan semula ke dalam meja tanpa sebarang bunyi yang kuat. Usah tinggalkan dalam keadaan yang tidak kemas. Jangan sekali-kali lupa mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk hadir ke sesi temuduga.
Mudah-mudahan markah anda bertambah dan mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dari yang diminta.

Ini rujukan cadangan saya. Jika serius nak berjaya temuduga, dapatkanya:

SEMOGA BERJAYA

Friday, April 22, 2016

LIMA PEKARA SEBELUM LIMA PEKARA

Lima perkara yang di perhatikan penemuduga.

Ada lima perkara yang selalunya panel temuduga akan nilai anda. Lima perkara itu adalah :



Reputasi

Reputasi bermaksud pencapaian anda. Apakah ijazah yang anda ada, kelayakan yang anda ada atau sijil yang anda ? Panel temuduga akan lihat itu dari anda. Mereka mahu tahu apa yang anda mampu lakukan untuk pihak syarikat. Lagi mahir anda, lagi tinggi reputasi anda di mata mereka.

Kebolehan diri.

Penemuduga  selalunya akan mengambil pekerja yang mereka rasa paling mahir antara calon yang hadir. Oleh itu, sebelum anda mohon kerja, pastikan diri anda mahir sebanyak mungkin perkara berkaitan kerja anda. Walaupun anda tidak kemahiran, sekurang – kurangnya tunjukkan diri anda mampu untuk mahir dalam masa yang sekejap.

Keyakinan diri.

Calon temuduga yang paling nampak yakin adalah potensi paling baik untuk syarikat. Apabila seseorang itu ada keyakinan diri, dia boleh selesaiakan berbagai masalah dan boleh maju dengan cepat. Oleh itu, anda perlu nampak yakin.

Pandai menjaga maruah dan jujur.

Selalunya penemuduga akan senarai pendekkan calon yanga mereka rasa ada kejujuran dan integriti. Dua sifat ini adalah penting pada sesebuah syarikat kerana orang yang tiada sifat jujur, ia pasti akan memberi kesan buruk pada syarikat di masa hadapan kelak. Oleh itu, anda perlu jawab semua soalan dengan jujur dan tegas.
Kesanggupan untuk setia.

Apa rancangan anda untuk lima tahun akan datang?


Soalan di atas adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kesetiaan anda. Pihak syarikat sudah tentu akan mengambil pekerja yang sedia untuk setiap pada syarikat untuk masa yang lama.

Monday, April 11, 2016

Menulis matlamat kerjaya dalam resume

Tips menulis matlamat kerjaya dalam resume

Matlamat kerjaya biasanya ditulis sebagai objektif dalam resume anda. Ia juga merujuk kepada kenyataan matlamat bagi kerjaya anda. Nampak mudah untuk anda mendapatkan kerja dengannya. Dicampur pula dengan pendidikan dan pengalaman anda, tips menulis matlamat kerjaya dalam resume mampu membantu anda untuk mendapatkan kerja idaman.

Tidak dinafikan ini adalah bahagian yang sukar untuk dihasilkan kerana anda hanya mempunyai ruang yang terbatas untuk menceritakan kemahiran dan kepakaran anda. Senarai objektif kerjaya tidak disenaraikan akan menyebabkan bakal majikan menganggap anda tidak serius dalam mencari kerja. Pemohon pula mengambil sikap sambil lewa kerana menganggap ia tidak penting dan sudah dijelaskan dalam resume yang dihantar.

Menggunakan kenyataan umum semasa memohon kerja

Sekiranya anda memohon jawatan sebagai seorang jurutera, elakkan daripada menggunakan kenyataan umum seperti di bawah :
“Untuk mendapatkan pengalaman sebagai seorang jurutera yang mahir dan berpengalaman”.
Jika dilihat, ianya terlalu umum kerana tidak ditumpukan kepada jenis kemahiran dan berapa lama matlamat tersebut hendak dicapai. Ianya boleh ditambah baik dengan menambahkan beberapa perkataan seperti kenyataan di bawah :
“Untuk mendapatkan pengalaman sebagai seorang jurutera yang mahir dalam bidang elektrik dan elektronik dan berpengalaman luas dan bertauliah dalam setiap tugasan yang diamanahkan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan positif syarikat”.
Lihat, kenyataan di atas lebih jelas dan spesifik bukan?
Jika anda menggunakan kenyataan sebelum ini, ia hanya akan membuatkan bakal majikan anda berasa gusar dan tidak yakin untuk membaca penulisan resume anda. Jadikan resume anda sebagai alat untuk menjual kebolehan anda dan mampu mempersembahkan objektif kerjaya anda. Biar bakal majikan anda mengetahui apa yang anda mahukan.
Selain itu, nyatakan komitmen anda yang membantu mencapai matlamat kerjaya anda. Senaraikan tindakan yang anda rancang dan lakukan. Tulis dengan spesifik dan elakkan daripada menceritakan ia terlalu umum.
Sebagai contoh, anda mahu menjadi seorang jurujual dalam industri takaful. Anda menggunakan kelebihan dalam kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan untuk meningkatkan jualan di samping meningkatkan prestasi komunikasi dengan orang ramai.
Keterangan di atas membantu bakal majikan anda memahami potensi diri anda, pengalaman yang anda miliki, apa yang anda mampu buat dan apa yang sanggup anda buat untuk mencapai matlamat kerjaya. Dengan mengikuti cara-cara yang dikongsikan, resume anda sudah menjadi alat pemasaran diri anda yang berkesan dan menawan hati bakal majikan.
Banyak lagi tip-tip rahsia yang anda boleh gunakan. Anda boleh dapatkan rahsia-rahsia resume hebat di laman . sumber rujukan kerjaya